Khamis, 29 September 2011

UNIC - Atas Nama Cinta ( acapella version )

Album : Tika Itu Munsyid : UNIC http://liriknasyid.com

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Tiada Alasan..

Andai engkau susah, Nabi Isa a.s lagi susah hidup tanpa ayah,
Andai engkau sakit, Nabi Ayub a.s lagi menderita kesakitan,
Andai engkau sibuk dengan kekayaan, Nabi Sulaiman a.s lagi hebat,
Andai engkau selebriti, Nabi Yusuf a.s lagi handsome dan popular,
Andai engkau ramai isteri, Nabi Muhammad s.a.w lagi ramai isteri..

Untuk menunaikan kewajiban terhadap Allah,
Untuk menjadi insan yang bersyukur,
Untuk beribadah sebanyak mungkin,
Untuk bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa,
Kepada Allah Rabbul Jalil.

Selasa, 27 September 2011

Dakwahlah...

ILoveAllaah.com
"Sampaikanlah (pesan dariku) walau hanya satu ayat"
[Bukhari no. 3461]

Sahabat semua bisa ambil bagian dalam dakwah dengan cara meng'klik' pilihan "Bagikan" atau "Share" di setiap posting ILoveAllaah.com dan postingan lain di halaman Islami dengan sumber yang jelas.

“Maka barang siapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah (biji sawi), niscaya dia akan melihat balasannya"
[QS. Al Zilzaalah (129) : 7]

Mungkin amalan ini kecil menurut penilaian kita, tetapi belum tentu ia kecil pada pandangan Allah SWT. InsyaAllaah... ♥

Hati-hati!!

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Rabu, 7 September 2011

IMAM ABU HANIFAH DENGAN BUKTINYA...

Pada suatu hari,Imam Abu Hanifah disoal oleh seorang kafir berkaitan bukti kewujudan Tuhan.Beliau lantas menjawab akan menjawab soalan itu pada sebelah petang di sebuah pulau.

             Pada petang itu,orang kafir itu berada di pulau itu pada masa yang dijanjikan.Namun,Imam Abu Hanifah masih belum sampai-sampai.

             Apabila Imam Abu Hanifah tiba di hadapan orang kafir itu,dia terus menuduh beliau dengan menyatakan keburukan orang Islam yang mengaku agama mulia tetapi penganutnya tidak tahu menepati masa.

             Imam Abu Hanifah menerangkan sebab beliau terlewat.Beliau tidak menemui sebarang perahu atau sampan yang membolehkannya menyeberangi sungai tadi.Sedang berfikir cara menyelesaikan masalah itu,beliau terlihat sebatang pokok tumbang secara tiba-tiba.

             Batang pokok itu tiba-tiba membelah menjadi kepingan papan dan kemudian tersusun sendiri menghasilkan sebuah perahu.Imam Abu Hanifah pun menggunakan perahu itu menyeberangi sungai.

             Orang kafir itu dan sekalian yang mendengar perbualan mereka lantas ketawa berdekah-dekah mengejek cerita Imam Abu Hanifah.Mana mungkin sebuah perahu dapat terjadi sendiri,katanya.

             ''Engkau tidak percaya ceritaku?''soal Imam Abu Hanifah.''Bagaimana pula aku mampu percaya ceritamu yang Tuhan itu tiada dan alam semesta ini terjadi sendiri,sedangkan kewujudan sebuah perahu dengan sendirinya pun kau tidak percaya?Mana yang lebih mudah,mencipta perahu ataupun bumi,langit dan alam segala isinya?''

              Orang kafir itu terdiam mengetahui dia terperangkap dengan tingkah lakunya sendiri.

BUKTI TUHAN ITU ADA...

Pada suatu hari,seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut.Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu mengenai banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

        "Saya tidak percaya kewujudan Tuhan,"kata tukang gunting rambut.

        "Kenapa awak kata begitu?" tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

        "Mudah saja.Saudara keluar dari kedai ini,perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya.Sekiranya Tuhan wujud,kenapa ada orang yang sakit?Kenapa ada anak-anak yang terbiar?Sekiranya benar Tuhan wujud,pasti tidak ada kesengsaraan.Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian."

    Pemuda itu senyap sahaja kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.

    Selepas itu,pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut.Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki dijlanan yang kusut-masai.Rambutnya panjang tidak terurus seperti memang sudah lama idak mengguntingnya.

    Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi."Awak tahu sesuatu?Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!"

    "Eh,bagaimana pula?"tanya tukang gunting rambut itu."Saya tukang gunting rambut dan saya ada di sini!"

  "Tidak!"Pemuda itu menafikan."Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud,sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu."

       "Ah,begitu rupanya.Habis,mereka yang tidak datang kepada saya?"

   "Tepat sekali!" jawab pemuda itu dengan sebuah senyuman."Tuhan memang wujud cuma manusia yang tidak mencarinya.Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini."

Selasa, 6 September 2011

janganlah kita menjadi seperti org dalam dialog di bawah ini ye~



Jai : Pak Haji!
Pak Haji : Ada apa Jai?
Jai : Anak Pak Haji si Shark maen judi.
...Pak Haji : Astagfirullah!
Jai : tapi menang.
Pak Haji : Alhamdulillah...

Isnin, 5 September 2011

Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung....

Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa....

~ “dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi2nya ke langit kemuliaan”~

Bagaimana tidak, jikalau IMAN TANPA CINTA akan pincang, dan CINTA TANPA IMAN akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.

Allah lebih saaaaayang kita...

A : "weh kau tahu x boyfriend aku call aku 3 kali sehari,love of my life (sambil
buat mka minta kaki)"

B : "oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (mka bangga)

......A : Bestnya,bnyk credit lover kau?....
B : x lah ni connection wire-less

A : (mka x puas hati) hmm.. pukul brpa dia call?

B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB & ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi mcm tu. Masa Dhuha pun ada.

p/s: Allah lebih saaaaayang kita.

Khamis, 1 September 2011

DOA QUNUT...

Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.
qunut1.jpg (4377 bytes)
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
qunut2.jpg (3890 bytes)
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
qunut3.jpg (3806 bytes)
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
qunut4.jpg (4113 bytes)
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
qunut5.jpg (4161 bytes)
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
qunut6.jpg (5877 bytes)
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
qunut7.jpg (4331 bytes)
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
qunut8.jpg (3909 bytes)
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
qunut9.jpg (4406 bytes)
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
qunut10.jpg (4191 bytes)
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
qunut11.jpg (4136 bytes)
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
qunut12.jpg (4711 bytes)
qunut121.jpg (6152 bytes)

KELEBIHAN QIYAMULAIL..

Abu Hurairah r.a. telah meriayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

'Sembahyang yang paling afdal setelah sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu tengah malam dan puasa yang paling afdal selain puasa Ramadhan ialah puasa bulan Muharram.
                                                                                                                                                     (Muslim)         
Bilal r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang pada waktu malam,kerana yang demikian merupakan amalan orang-orang soleh sebelum kamu.Ia juga dapat mendekatkan kepada Allah,mencegah dari perbuatan maksiat,menghapuskan dosa dan menghilangkan penyakit dari badan.                                                          (Ahamad,Baihaqai dan Al-Hakim)

Khamis, 11 Ogos 2011

Kelebihan Solat Sunat Tahajud..



Seperti yang sedia maklum,solat sunat tahajud hanya boleh dilaksanakan pada waktu 3/4 malam sahaja.Tetapi adakah antum tahu ape function solat tahajud?Ada yang tahu dan ada yang tak tahu..Kegunaanya adalah untuk memakbulkan doa-doa kita walaupun di mana-mana jua kita berada.Itulah di antara kelebihan solat tahajud... :) Indeed Allah is the Greatest...